Perancis siasat video hukuman IS

Perancis siasat video hukuman IS

PARIS, 17 Mei (NNN) – Pendakwa raya di Paris telah membuka penyiasatan ke atas satu video yang dikaitkan dengan Daesh (IS) menunjukkan dua kanak-kanak, diperkenalkan sebagai warga Perancis, dan menunjukkan mereka turut serta dalam pembunuhan banduan-banduan Syria, satu sumber kehakiman berkata.

Video selama 14 minit dinamakan “Ikut jejak ayah saya”, yang dikeluarkan pada Ahad lalu oleh Daesh, menunjukkan seorang remaja yang mengatakan dia tinggal di Perancis dan anak kepada pejuang Perancis yang mati syahid”. Terdapat juga seorang lagi budak yang lebih muda dalam video itu.

“Identiti mereka belum diketahui pada peringkat ini dan warganegara mereka belum disahkan,” menurut sumber yang dekat dengan siasatan itu.

Siasatan itu dibuka kepada kemungkinan tindakan-tindakan yang berkaitan keganasan dan persatuan-persatuan sedang dijalankan oleh agensi perisikan Perancis dan unit anti-pengganas dari polis kehakiman.

Gambar dari video yang disebarkan IS yang melibatkan remaja menghukum banduan Syria.
Gambar dari video yang disebarkan IS yang melibatkan remaja menghukum banduan Syria.

ARTIKEL YANG SAMA