Perancis tawar $11.4 bilion kepada Arab Saudi

Perancis tawar $11.4 bilion kepada Arab Saudi

RIYADH, 13 Okt – Perancis hari ini mengumumkan beberapa tawaran bernilai 10 bilion euro ($ 11.4 bilion) dengan Arab Saudi, mengukuhkan lagi hubungan yang kian meningkat di antara kedua-dua buah negara itu.

Perdana Menteri Manuel Valls mengumumkan tawaran di Twitter semasa lawatan ke Riyadh, mengatakan kerajaannya menunjukkan “Pergerakkan bagi syarikat-syarikat dan pekerjaan kita”.

Tawaran termasuk kontrak dan surat perjanjian antara kedua-dua buah negara, mengukuhkan lagi bidang ekonomi dan politik di bawah kepimpinan Presiden Francois Hollande.

Tawaran juga meliputi dari bidang tenaga, kesihatan, makanan, satelit dan infrastruktur, menurut pejabat Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat semasa lawatan peringkat tinggi ketiga oleh pegawai-pegawai Perancis ke negara pengeksport minyak terbesar di dunia tahun ini.

Perancis telah mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Islam konservatif dengan ekonomi terbesar di dunia Arab.

Perkembangan hubungan Arab Saudi dengan Perancis merupakan sebahagian daripada usaha untuk membina pakatan di luar perkongsian sama pertahanan tradisional Amerika Syarikat untuk serantau Riyadh dalam menangani saingan Iran. – AFP