Perancis tekad kumpul 9 mata penuh

Perancis tekad kumpul 9 mata penuh

UEFA-Euro-2016-Logo

PARIS, 19 Jun (AFP) – Meski sudah layak ke kelompok 16 pasukan terakhir Euro 2016, tuan rumah Perancis menyasarkan untuk menutup saingan Kumpulan A dengan kemenangan ketiga berturut-turut ketika mereka berdepan Switzerland di Lille awal pagi esok.

Walaupun mencatat rekod 100 peratus, skuad kendalian Didier Deschamps gagal menampilkan status mereka sebagai pasukan pilihan sebelum kejohanan, memerlukan kemenangan minit terakhir untuk mengatasi cabaran Romania dan Albania.

Persembahan kurang meyakinkan dan kontroversi mengelilingi bintang Juventus, Paul Pogba menggusarkan Les Bleus yang memerlukan kemenangan hebat sama seperti dilakukan mereka apabila menang 5-2 mengatasi Switzerland pada Piala Dunia dua tahun lalu.

Digugurkan pada saingan Khamis lalu ketika menang 2-0 mengatasi Albania di Marseille, Pogba masuk pada babak kedua dan membantu pasukan untuk mencipta gol kedua buat Dimtri Payet pada masa tambahan dengan hantaran lintang menarik.

Bagaimanapun reaksinya yang ditunjukkan secara jelas kepada tempat media  mewujudkan skandal, walaupun pemain berusia 23 tahun itu menegaskan ia bukanlah satu kesalahan dan ia meletakkannya dalam perhatian media.

Deschamps berkata dia berpuas hati dengan penjelasan pemain itu.

“Dia memberikan penjelasan dan saya mempercayainya,” kata jurulatih itu kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA