Perancis tewas di tangan Denmark

Perancis tewas di tangan Denmark

RIO DE JANEIRO, 22 Ogos – Denmark mengejutkan penyandang juara dua kali Perancis 28-26 untuk meraih pingat emas bola baling Olimpik, awal pagi hari ini.

Ia ternyata di luar jangkaan selepas mengambil kira pencapaian Perancis dalam lapan tahun terakhir – yang memenangi dua pingat emas Olimpik, tiga gelaran dunia dan dua mahkota Eropah.

Tempat keempat pada pentas Olimpik 1984 menjadi pencapaian terbaik pernah dirakamkan Denmark sebelum ini.

“Saya sangat bangga dengan barisan pemain saya, kesemua mereka bekerja keras sejak minit pertama pertandingan ini,” kata tonggak kejayaan bola baling Denmark Mikkel Hansen.

pg24_160822_olympic logo

Aksi Hansen (kiri) dengan pemain daripada Perancis, Nikola Karabatic dalam acara final bola baling di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. - AP
Aksi Hansen (kiri) dengan pemain daripada Perancis, Nikola Karabatic dalam acara final bola baling di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Sebelum saya menyertai Olimpik ini, ayah saya memegang rekod terbaik dalam keluarga kami. Dia pernah meraih tempat keempat pada 1984.

“Jadi, sekarang ini saya tidak sabar untuk pulang dan pamerkan pingat ini kepada dia. Saya juga sudah pecahkan rekod dalam keluarga.”

Jerman pula menyambar pingat gangsa sebelum itu apabila tidak berdepan masalah menundukkan Poland 31-25. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA