Perancis tidak gentar

Perancis tidak gentar

PARIS, 22 Mac – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan tiada sebarang unsur ketakutan di kalangan pemain pasukannya apabila beraksi di Stade de France buat kali pertama sejak letupan bom pada November lalu.

Pasukan ragbi Perancis beraksi menentang Itali, Ireland dan England di situ pada masa sama, tetapi pertemuan persahabatan menentang Belanda di stadium itu Jumaat ini adalah aksi bola sepak antarabangsa yang pertama sejak Perancis berdepan Jerman, 13 November lalu.

Pada malam letupan bom itu, 130 orang terbunuh dalam siri serangan di beberapa bandar besar di Perancis dengan salah satunya pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar Stade de France.

Susulan daripada itu, seorang terbunuh dan berpuluh lagi mengalami kecederaan di luar stadium.

“Tiada siapa akan melupakan apa yang berlaku itu, tetapi kami tidak sepatutnya ke sana dengan perasaan takut dan ragu-ragu.

Deschamps tidak gentar untuk beraksi di Paris selepas tragedi letupan bom November lalu. – Reuters
Deschamps tidak gentar untuk beraksi di Paris selepas tragedi letupan bom November lalu. – Reuters

“Kami mengharungi beberapa detik ngeri, penuh dramatik. Namun, Stade de France adalah stadium kami,” kata Deschamps yang menjulang trofi Piala Dunia 1998 di stadium sama sebagai kapten Perancis.

“Mari kita buat ia sebagai majlis yang indah. Secara emosinya, ia sangat mencabar tetapi kami perlu menerima hakikat ini”. – AFP