Perancis tidak pandang rendah akan lawan

Perancis tidak pandang rendah akan lawan

CLAIREFONTAINE-EN-YVELINES, Perancis, 4 Sept – Penyerang Arsenal, Olivier Giroud berkata, Perancis tidak akan mengambil mudah Belarus apabila pasukan itu akan memulakan kelayakan Piala Dunia 2018 di Minsk awal pagi Rabu nanti.

Perancis berada pada prestasi hebat sepanjang musim panas, mara ke final Euro 2016 di laman sendiri sebelum mencipta kemenangan 3-1 di tempat lawan mengatasi Itali Khamis lalu dalam perlawanan persahabatan.

Giroud menjaringkan gol dalam perlawanan itu dan pemain berusia 29 tahun itu menjangkakan cabaran sengit dari Belarus, yang menewaskan Perancis 3-1 di laman sendiri dan 4-2 di tempat lawan dalam kelayakan Piala Dunia Brazil.

“Saya tidak tahu pasukan ini (Belarus), kami tiada masa untuk mengkaji mereka,” kata Giroud.

Olivier Giroud ketika tiba bagi sesi sidang media menjelang perlawanan antara Perancis dan Belarus. - AFP
Olivier Giroud ketika tiba bagi sesi sidang media menjelang perlawanan antara Perancis dan Belarus. – AFP

“Kami menjangkakan perlawanan sukar tetapi terpulang kepada kami untuk menjadikannya mudah.

“Mereka berada dalam musim liga, jadi secara fizikal mereka berada dalam keadaan terbaik yang tidak sama seperti kami, terutama saya.”

Walaupun Giroud menggambarkan kekalahan Perancis pada final Euro di tangan Portugal sebagai “memedihkan”, dia mendapati pasukan kebangsaan berada dalam keadaan yang baik. – AFP