Perancis tingkat pencarian serpihan MH370

Perancis tingkat pencarian serpihan MH370

PARIS, 7 Ogos (AFP) – Perancis akan mula menghantar pasukan maritim dan udara yang baharu di pulau Reunion di Lautan Hindi mulai hari ini bagi meningkatkan usaha mencari bangkai pesawat malang MH370.

“Ia sudah diputuskan susulan permintaan dari Presiden dan Perdana Menteri sesuai dengan keperluan siasatan. Justeru penghantaran anggota tambahan untuk operasi di laut dan udara dilakukan di sekitar perairan Reunion,” kata kenyataan Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Perancis.

Malaysia sebelum ini berkata, bahagian sayap yang ditemui di Reunion adalah milik MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu dengan 239 orang di dalam pesawat ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Bahagian sayap itu kini sedang dalam pemeriksaan oleh pakar-pakar di Perancis bagi sebarang petunjuk kepada detik-detik terakhir pesawat MAS tatkala mengubah dan terdapat harapan bahawa Pulau Reunion berkemungkinan mempunyai lebih banyak serpihan.

Sebuah kapal pengangkutan tentera Perancis sedang memulakan usaha pencarian serpihan pesawat MH370 di pulau Reunion. – Reuters
Sebuah kapal pengangkutan tentera Perancis sedang memulakan usaha pencarian serpihan pesawat MH370 di pulau Reunion. – Reuters

Di Mauritius, pihak berkuasa juga mencari bagi sebarang bahagian kapal terbang yang mungkin hanyut di pesisiran pantai mereka.

Dominique Sorain, pegawai kerajaan tertinggi di pulau Reunion, memberitahu para wartawan bahawa pesawat pengangkutan tentera telah memulakan rondaan di luar pantai dan sebuah kapal juga telah berlepas sebelum terpaksa untuk kembali akibat cuaca buruk. Dia menambah beberapa helikopter juga akan digunakan, bagi para tentera dan polis yang akan meronda bahagian timur pulau tersebut di mana sayap itu dijumpai.

“Ini… akan berjalan selama seminggu, selepas itu kami membuat kesimpulan pertama kami,” kata Sorain.