Perancis usaha dapat kontrak Australia

Perancis usaha dapat kontrak Australia

CANBERRA, 14 Mac (Reuters) – Perancis telah menghantar delegasi perniagaan terbesar ke Australia setelah hampir dua dekad, membincangkan manfaat ekonomi dalam bidaannya bagi mendapatkan kontrak A$50 bilion untuk membina armada sebanyak 12 buah kapal selam senyap bagi Australia.

Ahli eksekutif dari syarikat korporat besar Perancis, Airbus, BNP Paribas, Thales dan berpuluh lagi tiba di Canberra pada Selasa untuk bermesyuarat bersama tokoh perniagaan dan pegawai tertinggi kerajaan.

Perancis sedang bersaing dengan Jepun dan Jerman dalam bidaan bagi salah satu kontrak pertahanan paling mewah di dunia. Keputusan itu dijangka mengambil masa beberapa bulan, menjelang pilihan raya nasional Australia yang mana perjanjian dan kerja yang akan dihasilkannya dijangka akan menjadi isu penting bagi kerajaan konservatif itu.

Lawatan Perancis itu, yang termasuk para pegawai tertinggi dari kontraktor laut DCNS yang dikawal kerajaan Perancis, adalah sebahagian daripada proses bagi jalinan hubungan ekonomi dan strategi yang semakin meningkat bersama Australia, kata Duta Perancis, Christophe Lecourtier, dan tidak hanya terhad kepada kapal selam sahaja.

“Kami bukan saja menawarkan reka bentuk kapal selam, namun juga perikatan meluas antara komuniti perniagaan kami, antara kerajaan kami, untuk berdepan cabaran paling sukar pada abad ini,” ujarnya kepada Reuters.

Australia bulan lalu mengumumkan dalam Kertas Putih yang lama dinantikan bahawa ia akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan hampir A$30 bilion pada 10 tahun akan datang untuk melindungi kepentingan strategiknya dan perdagangan di rantau Asia Pasifik.

ARTIKEL YANG SAMA