Perancis usaha pra-persetujuan iklim

Perancis usaha pra-persetujuan iklim

BONN, 1 Jun (AFP) – Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius mengatakan hari ini, negerinya akan mencari ‘pra-persetujuan’ bagi perjanjian iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seawal Oktober, menjelang sidang kemuncak penghujung tahun ini di Paris.

“Matlamatnya adalah untuk kami mencapai pra-persetujuan seawal Oktober” dalam rundingan bagi pakatan untuk menangani perubahan iklim, ujar Fabius dalam pusingan baru rundingan iklim di Bonn.

Untuk memacu kemajuan, Fabius mengatakan dia akan menganjurkan mesyuarat peringkat menteri pada 20-21 Julai dan 7 September. Dia tidak mengatakan negeri mana yang akan hadir.

Persidangan Paris, bermula 30 November hingga 11 Disember, itu adalah dihasratkan untuk mencapai persetujuan bersejarah untuk mengehadkan pemanasan global kepada dua darjah Celsius daripada paras pra-industri.

Bagi teras persetujuan yang dirancang itu adalah komitmen nasional untuk mengurangkan paras gas rumah hijau yang disalahkan kerana memusnahkan sistem cuaca Bumi.

Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius menghadiri Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di majlis perasmian di Bonn, barat Jerman pada 1 Jun. – AFP
Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius menghadiri Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di majlis perasmian di Bonn, barat Jerman pada 1 Jun. – AFP

Namun banyak bidang perjanjian itu masih lagi perlu dirundingkan.

Ia termasuk kajian perkembangan untuk memastikan planet kekal pada dua darjah C trajektori, status sah bagi persetujuan dan kewangan untuk negara-negara miskin yang paling terdedah kepada impak iklim.

Fabius, dalam ucapannya semasa permulaan bagi pusingan 11 hari taklimat 195 buah negara, mengatakan ia adalah penting untuk terlibat dalam konsensus sebelum persidangan Paris.

ARTIKEL YANG SAMA