Perancis – Video tebusan Yaman adalah benar

Perancis – Video tebusan Yaman adalah benar

PARIS, 1 Jun (Reuters) – Perancis mengesahkan hari ini mengenai satu video yang menunjukkan seorang wanita Perancis telah dijadikan tebusan di Yaman, merayu kepada Presiden Francois Hollande dan pemimpin buangan Yaman untuk membantunya dan ia mengatakan akan melakukan sedaya upaya untuk membebaskannya.

Video itu yang dilihat oleh Reuters menunjukkan Isabelle Prime, seorang konsultan bagi Dana Pembangunan Sosial Yaman, membongkok di pasir dalam keadaan derita. Berpakaian hitam, dia merayu kepada Hollande dan Abd Rabo Mansour Hadi, Yaman dalam bahasa Inggeris.

“Tuan Hollande dan Tuan Hadi, nama saya Isabelle, saya telah diculik 10 minggu yang lalu di Yaman, di Sanaa. Tolong bawa saya pulang ke Perancis dengan segera kerana saya sangat-sangat letih.

“Saya cuba untuk membunuh diri beberapa kali kerana saya tahu anda tidak akan bekerjasama dan sepenuhnya tidak akan faham.”

Gambar fail yang diambil dari laman web Linkedln pada 25 Februari 2015 menunjukkan Isabelle Prime warga Perancis yang diculik di Yaman. – AFP
Gambar fail yang diambil dari laman web Linkedln pada 25 Februari 2015 menunjukkan Isabelle Prime warga Perancis yang diculik di Yaman. – AFP

Prime dan penterjemah warga Yaman, Shereen Makawi telah diculik oleh lelaki bersenjata di bandar Sanaa pada Februari ketika kedua-duanya dalam perjalanan ke tempat kerja. Sumber puak Yaman mengatakan pada Mac bahawa Prime akan dibebaskan, namun hanya Makawi telah dibebaskan.

Belum ada yang mendakwa bertanggungjawab atas penculikannya sejauh ini. Video itu pertama kali muncul di YouTube pada 4 Mei.