Perang dingin Benteke, Klopp

Perang dingin Benteke, Klopp

Southampton v Liverpool - Barclays Premier League

LIVERPOOL, 24 Mac (Agensi) – Penyerang Liverpool, Christian Benteke menyifatkan betapa sukar untuk dia memahami punca pengendalinya, Jurgen Klopp seakan ‘mengabaikan’ dirinya dalam pasukan itu.

Pemain Belgium itu meledak lapan gol dalam 35 penampilan dan hanya merekodkan satu jaringan pada 2016 melalui sepakan penalti.

Dia hanya dibariskan sebagai kesebelasan utama dalam lima perlawanan sejak hujung Disember yang menyaksikan Klopp lebih gemar menurunkan Daniel Sturridge dan juga rakan senegaranya, Divock Origi.

Ketika The Reds tewas di tangan Southampton minggu lalu, pengendali Jerman itu dilihat memberi teguran secara terbuka kepada Benteke di tepi padang.

Hubungan antara mereka juga semakin buruk, namun Benteke menegaskan dia mahu kekal di Anfield meskipun wujud spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan daripada kelab terbabit.

“Ada rakan sepasukan yang menyatakan saya bertuah selepas kehadiran Klopp kerana pastinya saya akan diberi peluang bermain.

“Apabila jurulatih anda berkata mahu membawa anda ke Dortmund dan kemudian dia berada di kelab yang sama dengan anda tetapi kemudian mengabaikan anda, ini adalah situasi sebegitu sukar untuk difahami,” katanya kepada Voetbalmagazine.

Kemampuan Benteke juga dilihat tidak sesuai dengan taktikal Klopp yang lebih gemar mengasak daripada bahagian atas, namun pemain itu menafikan dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan taktikal berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA