Perang harga tambang penerbangan M’sia untungkan pengguna

Perang harga tambang penerbangan M’sia untungkan pengguna

KUALA LUMPUR, 3 Jan (BH) – Perang harga tiket penerbangan domestik dijangka bertambah sengit tahun ini susulan pemulihan semula operasi Malaysia Airlines (MAS), selain daripada penyertaan syarikat penerbangan baru Rayani Air serta pengembangan berterusan AirAsia dan Malindo Air.

Meskipun pasaran penerbangan domestik pada 2016 dijangka terus berkembang lebih tinggi berbanding pertumbuhan 2.0 peratus pada 2015, iaitu kadar paling perlahan sejak 2006, namun persaingan dalam kalangan syarikat penerbangan dijangka menjadi lebih hebat pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Keadaan itu dijangka mencetuskan tekanan ke atas harga tambang penerbangan domestik, sekali gus memanfaatkan dan menyediakan lebih pilihan kepada pengguna.

pg18_160104_b

Bahagian pasaran penerbangan domestik dari segi kapasiti masih dikuasai MAS dan AirAsia, masing-masing dengan 45 peratus, diikuti Malindo Air dengan 9.0 peratus dan Rayani Air (1.0 peratus).

Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) berkata, harga tambang penerbangan domestik di Malaysia adalah amat rendah ketika ini, setelah menikmati rangsangan pertumbuhan ekoran perkembangan pesat operasi AirAsia sejak 13 tahun lalu.

‘Mengambil kira jumlah penduduk, iaitu kira-kira 30 juta, dan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, maka peluang (pasaran penerbangan domestik) mencatat pertumbuhan tinggi adalah terhad.

ARTIKEL YANG SAMA