Perang IS, bukan Islam – Clinton

Perang IS, bukan Islam – Clinton

DES MOINES, Amerika Syarikat (AS), 15 Nov (AFP) – Calon Rumah Putih yang berharap, Hillary Clinton meminta bagi perpaduan global untuk menentang kumpulan Islamic State, ketika kejadian pembunuhan besar-besaran di Paris menjadi tumpuan pada perdebatan presiden Demokratik semalam.

Tiga calon memulakan perdebatan mereka dengan mengadakan acara berdiam diri seketika bagi mangsa-mangsa di Perancis, yang membawa serangan teruk Jumaat lalu ke barisan depan perebutan 2016 ketika ia mendominasi setengah jam pertama bagi perdebatan politik.

Clinton, libveral senator AS, Bernie Sanders dan bekas gabenor Maryland, Martin O’Malley bersatu dalam meminta penghapusan ahli jihad yang didakwa mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang di ibu negara Perancis itu.

‘Kami tidak berperang dengan Islam,’ kata bekas setiausaha negara itu, yang memilih kenyataannya secara berhati-hati ketika dia memberi amaran kepada Muslim biasa untuk tidak melihatnya sebagai satu ancaman.

‘Kami berperang dengan ekstremisme ganas.”

“Doa kami dengan rakyat Perancis malam ini, tetapi ia tidak cukup,’ katanya, yang meminta dunia menyelesaikan bagi menghapuskan ISIS, “kumpulan kejam, tidak berhati perut, kumpulan jihad yang ganas.”

Kumpulan Islamic State (ISIS atau IS) mengaku bertanggungjawab bagi serangan terancang ke atas dewan konsert Paris, restoran-restoran dan bar, dan di luar stadium kebangsaan Perancis – menggelarnya hukuman bagi serangan udara Perancis di Syria.