Perang olok-olok ‘terakhir’ Filipina, AS

Perang olok-olok ‘terakhir’ Filipina, AS

MANILA, 4 Okt – Filipina dan AS melancarkan perang olok-olok hari ini dengan berlatar belakangkan ancaman luar biasa pasukan Amerika yang dikeluarkan dari negara Asia Tenggara, ketika pemimpin Filipina menghala ke China.

Presiden Rodrigo Duterte mengekalkan serangan lisan ke atas AS, bekas pemerintah penjajah Filipina dan rakan pertahanan bersama, sejak beliau menjadi presiden pada 30 Jun dalam respons kepada kritikan terhadap usahanya memerangi jenayah yang membawa maut.

Beberapa hari kebelakangan Duterte telah memberi amaran bahawa perang olok-olok adalah yang terakhir dalam penggal enam tahun beliau, dan mengancam akan membatalkan perjanjian yang dilaksanakan oleh presiden sebelumnya yang bertujuan melihat lebih ramai anggota tentera AS di Filipina untuk menangani perluasan China di Laut China Selatan.

Minggu lalu, Duterte, 71 tahun juga mendakwa CIA merancang membunuhnya. Ini berlaku selepas beliau menggelar Barack Obama ‘anak perempuan jalang’ dalam respons kepada makluman bahawa Presiden AS bercadang membangkitkan kebimbangan hak kemanusiaan berhubung usahanya memerangi dadah.

Anggota marin Filipina (warna hijau) dan rakan-rakan bersama AS (warna coklat muda) mengambil kedudukan semasa latihan pendaratan tahunan Filipina-Amerika (PHIBLEX) di San Antonio, wilayah Zambales, utara Manila, kemarin. – AFP
Anggota marin Filipina (warna hijau) dan rakan-rakan bersama AS (warna coklat muda) mengambil kedudukan semasa latihan pendaratan tahunan Filipina-Amerika (PHIBLEX) di San Antonio, wilayah Zambales, utara Manila, kemarin. – AFP

Duterte telah berikrar akan membanteras dadah di Filipina dengan memberi amaran bahawa negara itu dalam bahaya menjadi negara narkotik. Usahanya memerangi jenayah telah menyaksikan lebih 3,000 orang terbunuh, dengan PBB, Kesatuan Eropah dan kumpulan hak asasi membangkitkan kebimbangan tentang dakwaan pembunuhan di luar bidang kehakiman dan kegagalan peraturan undang-undang.

Sejumlah dua juta orang tentera dari kedua-dua negara menyertai perang olok-olok termasuklah di perairan berhampiran kawasan Laut China Selatan yang diperbalahkan. China menuntut hampir kesemua kawasan laut itu, malah perairan berhampiran Filipina dan negara-negara Asia Tenggara lain, beberapa tahun kebelakangan telah membina pulau tiruan di kawasan bertikai yang mampu menempatkan pangkalan tentera.

Untuk menangani China, presiden Filipina sebelumnya, Benigno Aquino, berusaha menarik AS lebih dekat. Ini termasuklah menandatangani Perjanjian Pertambahan Kerjasama Pertahanan yang kini Duterte ingin membatalkannya.

Duterte jelas berhasrat membentuk taktik bertentangan, dengan baru-baru ini mengatakan beliau berharap akan pergi ke China dan menemui Presiden Xi Jinping. Bagaimanapun Duterte enggan menggunakan keputusan itu untuk memberi tekanan ke atas China. Beliau juga berkata tidak akan ada rondaan bersama dengan AS di laut itu. – AFP