Peranti loT umpama kerubut emas?

Peranti loT umpama kerubut emas?

LAS VEGAS, 6 Ogos – Kerosakan perisian yang membolehkan penggodam merampas Jeep Cherokee ketika sedang bergerak hanyalah sekilas pandang bahaya menanti bagi Internet Untuk Segala-galanya (IoT).

Kemampuan untuk merampas data dari kawalan peranti yang sebelum ini tidak bijak yang kini dianggap “bijak” dengan sambungan internet tanpa wayar adalah topik hangat di persidangan perdana keselamatan siber Black Hat di Las Vegas semalam.

Para penyelidik menggambarkan bagaimana mereka merampas kawalan dari jauh ke atas sebuah kereta yang sedang bergerak atau menghalakan semula sasaran raifal teknologi tinggi dan ramai di perhimpunan itu memberi amaran bahawa kerumitan mungkin lebih serius dan meluas.

Bagi pemula, kebanyakan syarikat malah tidak mempunyai pasukan yang ditugaskan untuk memastikan peranti bijak mereka terjamin.

“Hampir tidak ada pengeluar peranti IoT mempunyai sebarang pasukan keselamatan sebenar, ia seumpama kerubut emas bagi pasaran,” pengasas Black Hat Jeff Moss memberitahu AFP.

Beliau menjangka masalah akan bertambah, dengan penggodam berkemahiran ingin bertindak luar batas.

“Penggodaman Jeep adalah permulaan,” kata Moss, yang juga mengasaskan persidangan penggodaman tahunan Def Con yang mengambil tempat lewat minggu ini di Sin City.

“Para penjenayah bijak dalam memikirkan bagaimana untuk menyalahgunakan benda ini.”

Beliau membina senario yang mana perkakasan rumah yang disambungkan, pembakar roti misalnya, digodam dan menjadi titik permulaan bagi serangan yang melompat tanpa wayar ke peranti dalam talian lain, seperti sistem hiburan. – AFP