Peranti meletup dalam restoran Stockholm

Peranti meletup dalam restoran Stockholm

STOCKHOLM, 23 Dis (dpa) – Satu peranti letupan meledak selepas dilontar ke dalam sebuah restoran di tengah Stockholm malam kelmarin, menurut jurucakap polis Sweden kepada dpa hari ini.

“Kami menerima panggilan yang mengatakan seseorang telah melontar satu peranti ke dalam restoran,” katanya.

“Restoran itu tidak dibuka dan tidak ada yang cedera, namun terdapat pekerja di restoran itu.” Jurucakap wanita tidak dapat mengatakan siapa yang telah melontarkan peranti berkenaan.

“Juruteknik telah dipanggil untuk melihat apa sebenarnya yang telah dilontarkan ke dalam restoran tersebut.”

ARTIKEL YANG SAMA