Perarakan ketenteraan terbesar Korea U

Perarakan ketenteraan terbesar Korea U

SEOUL, 9 Okt (AFP) – Imejan satelit dari Korea Utara menunjukkan ia telah mengumpul beratus-ratus buah lori, kenderaan berperisai, pasukan tentera dan kuda bagi perarakan ketenteraan besar-besaran untuk memperingati ulang tahun ke 70 parti memerintah, Parti Pekerja esok.

Korea Utara lazimnya memperingati ulang tahun-ulang tahun besar dengan persembahan besar-besaran yang memperlihatkan kekuatan dalam menunjukkan keghairahan patriotik dan para pemerhati berkata pertunjukan hujung minggu ini mungkin salah satu yang terbesar dalam sejarah.

Imejan-imejan yang diperolehi pada 6 Oktober oleh kumpulan pemikir Institusi Korea-AS di Universiti Johns Hopkins menunjukkan latihan darat berselerak di Pyongyang yang memperlihatkan kira-kira 800 buah khemah, 700 buah lori dan 200 kenderaan berperisai sebelum pertunjukan esok.

Negara komunis berahsia itu bertungkus-lumus bagi apa yang ‘mungkin salah satu perarakan ketenteraan terbesar dalam sejarah Korea Utara,” kumpulan itu berkata tentang laman sesawang 38 North yang diawasi secara dekat.

Gambar-gambar itu menunjukkan pasukan tentera bergerak sekitar daratan dan tentera berkuda berdiri dalam pembentukan. Kereta perisai dan dron boleh dilihat, berserta dengan hangar besar yang menurut 38 North mungkin menempatkan pelancar roket atau persenjataan.

“Pelancar peluru berpandu balistik dan senapang jarak jauh yang menjadi bintang-bintang perarakan ketenteraan Korea Utara tidak dapat dikenal pasti, ia mungkin diletakkan di tempat perlindungan besar sementara,” menurutnya lagi.

“Sebagai alternatif ia mungkin tiba sehari atau dua hari sebelum perarakan seperti kadangkala yang telah pernah berlaku sebelumnya.”

Kawasan darat seluas 1.5 kilometer persegi dan termasuklah replika Kim II Sung Square, diberi nama sempena bapa pengasas Korea Utara, tempat perarakan sebenar akan mengambil tempat esok, menurut 38 North lagi. “Sepanjang kemudahan itu, beberapa buah kumpulan pasukan tentera dilihat berkumpul dan bergerak dalam pembentukan sekitar laluan latihan, melintas di hadapan replika pentas peninjau,” menurut laman sesawang itu.

ARTIKEL YANG SAMA