Perarakan tanam semangat perjuangan Rasulullah

Perarakan tanam semangat perjuangan Rasulullah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Kementerian Pembangunan telah diumumkan sebagai juara bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara tahun ini, sekali gus menerima wang tunai berjumlah $5,000.

Manakala itu, dalam Kategori Sekolah Menengah/Arab/Maktab/Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Swasta, juara disandang oleh Pusat Latihan Mekanik (PLM) dengan membawa wang tunai $7,500.

Kategori Mukim/Kampung/Majlis Perundingan Mukim (MPM) dan Majlis Perundingan Kampung (MPK)/Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid pula dimenangi oleh MPK dan AJK Takmir Masjid Kampung Kapok dengan menerima wang tunai $5,000.

Sementara itu, PERMAI (Persatuan Masyarakat Indonesia) menjuarai Kategori Persatuan-persatuan dan Sektor Swasta dengan menerima wang tunai $3,500.

Kesemua pemenang turut menerima piala iringan dan sijil penyertaan.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyampaikan replika cek $5,000 dan piala kepada wakil Kementerian Pembangunan yang muncul juara bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara 1437H, kelmarin. - Gambar oleh Azrol Azmi
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyampaikan replika cek $5,000 dan piala kepada wakil Kementerian Pembangunan yang muncul juara bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara 1437H, kelmarin. – Gambar oleh Azrol Azmi

p04-2_20160121

Yang Berhormat Pehin ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.
Yang Berhormat Pehin ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.
Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemputan lainnya ketika menghadiri majlis tersebut.
Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemputan lainnya ketika menghadiri majlis tersebut.

Pengumuman dan seterusnya penyampaian hadiah pertandingan berkenaan telah diadakan di Dewan Serba Guna, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Dalam Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, naib johan disandang oleh Kementerian Pertahanan dan diikuti oleh pasukan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kewangan, masing-masing di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Manakala itu, tempat kedua hingga kelima Kategori Sekolah Menengah/Arab/Maktab/IPT/Swasta pula masing-masing dimenangi oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Gabungan Sekolah Menengah dan Ugama Rimba 1 dan Sekolah Menengah Arab Sungai Akar.

Sementara itu, AJK Takmir Masjid dan Belia-belia Masjid Kampung Perpindahan Serasa, Muara, Gabungan Saudaraku Kampung Setia ‘A’ dan ‘B’, Mukim Berakas ‘A’ dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang/Manggis, masing-masing memenangi tempat kedua hingga kelima Kategori Mukim/Kampung/ MPM dan MPK/AJK Takmir Masjid.

Dalam Kategori Persatuan-persatuan dan Sektor Swasta, Telekom Brunei memenangi tempat kedua, Pertubuhan Zaidana di tempat ketiga, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di tempat keempat dan Persatuan Orang-orang Islam India di Brunei di tempat kelima.

Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU, Haji Idris bin Haji Ali yang juga selaku pengerusi bersama Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi itu, dalam kata alu-alunnya menyentuh mengenai satu sudut penghakiman telah diwujudkan iaitu penghakiman di sudut perhimpunan yang menilai dari segi keberadaan semua ahli pasukan sebelum acara bermula.

Tujuannya adalah bagi menambah baik lagi pemandangan di taman perhimpunan tersebut, di mana semua pasukan telah bersedia berbaris sebelum acara dimulakan, di samping tujuan utama pertandingan iaitu bagi menyuntik semangat perpaduan, rasa cinta dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Hasilnya para pasukan telah membuat perbarisan dan perarakan yang lebih teratur, berpakaian kemas, sepanduk terbentang berserta laungan selawat yang indah didengar, jelas beliau lagi.

Secara keseluruhannya, perbarisan dan perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi tahun 1437H yang bertemakan ‘Menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W’ itu disertai oleh 143 pasukan dengan keramaian 12,807 orang peserta yang mengambil bahagian mengikut kategori masing-masing.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 13 pasukan merupakan pasukan beruniform yang turut serta dalam perbarisan dan perarakan tanpa bertanding serta 29 pasukan dari sekolah agama dan Arab yang membuat persembahan selawat.

Sementara itu, sebanyak 101 pasukan telah menyertai pertandingan yang terdiri daripada 28 pasukan dalam Kategori Sekolah Menengah/Arab/IPT/Maktab/Swasta, 18 pasukan dalam Kategori Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, 25 pasukan dalam Kategori Persatuan-persatuan dan Sektor Swasta, sementara itu, Kategori Kampung dan Takmir Masjid pula disertai sebanyak 30 pasukan.

Pertandingan seumpamanya diharap tidak akan mengubah tujuan asal perbarisan dan perarakan yang diadakan iaitu untuk mengingati kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dan bukan bertujuan untuk memenangi pertandingan semata-mata.

ARTIKEL YANG SAMA