Peras ugut: Lelaki dihukum penjara dua tahun, dua sebatan

Peras ugut: Lelaki dihukum penjara dua tahun, dua sebatan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Seorang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan dua sebatan selepas disabitkan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas dua pertuduhan memeras ugut pada 2014.

Adie Norfaizal bin Mohammad, 28, didakwa memeras wang $5,000 dan iPhone daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun pada 1 April dan satu lagi peras ugut untuk mendapatkan $3,000 daripada seorang lelaki berusia 26 tahun pada 12 April.

Tertuduh telah menyamar sebagai seorang perempuan dalam aplikasi WeChat di mana tertuduh saling berbalas pesanan ringkas dengan kedua-dua lelaki itu selama beberapa bulan sebelum mengugut mereka untuk memuat naik gambar bogel mangsa ke dalam Internet.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff.

ARTIKEL YANG SAMA