‘Peras ugut’ siber catat peningkatan

‘Peras ugut’ siber catat peningkatan

BERLIN, 9 Jun (Reuters) – Skim peras ugut berteknologi tinggi mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan pertama 2015, manakala serangan ke atas perisian Adobe Flash yang digunakan dalam media streaming dan laman permainan biasa empat kali ganda, menurut laporan sejagat hari ini.

Laporan McAfee Labs Threats Intel Corp bagi bulan Mei mendapati bahawa ransomware melonjak 165 peratus dalam suku pertama, pulih dari penurunan awal tahun 2014 apabila agensi-agensi polis di seluruh dunia melancarkan tindakan yang diselaraskan untuk menumpaskan rangkaian besar ransomware.

Ransomware adalah malware yang digunakan oleh penjenayah siber untuk merampas kawalan ke atas komputer dan telefon apabila pengguna-pengguna yang tidak menyedari mengklik sambungan yang mempunyai virus atau memuat turun dokumen yang telah dicemari, mengunci mereka dari semua kemasukan ke peranti mereka melainkan mereka membuat pembayaran tebusan.

Skim ini yang bermula di Rusia dekad lalu, telah merebak seluruh dunia dalam tempoh empat tahun lalu. Mangsa-mangsa lazimnya permintaan peras ugut yang menuntut bayaran tebusan dari AS$150 hingga AS$500 untuk meraih semula kemasukan ke fail yang telah di enkripsi.

Versi-versi lebih baru yang merampas kuasa ke atas pemacu simpanan apabila sandaran data dibuat, semakin meningkat, kata Raj Samani, ketua pegawai teknologi bagi syarikat itu di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Skim peras ugut yang bermula di Rusia dekad lalu itu merebak seluruh dunia dalam tempoh empat tahun lalu dengan mangsa berdepan peras ugut bagi pembayaran tebusan dari AS$150 hingga AS$500 untuk meraih semula kemasukan ke fail yang di enkripsi.
Skim peras ugut yang bermula di Rusia dekad lalu itu merebak seluruh dunia dalam tempoh empat tahun lalu dengan mangsa berdepan peras ugut bagi pembayaran tebusan dari AS$150 hingga AS$500 untuk meraih semula kemasukan ke fail yang di enkripsi.

Intel Security mendapati 700,000 contoh ransomware pada komputer, telefon dan rangkaian para pelanggan dalam tempoh suku terbaru, Samani berkata dalam satu temu bual.

Ransomware berkembang dengan menggunakan teknik perniagaan “jenayah sebagai perkhidmatan” yang mana pengekod menyewakan kelainan malware kepada beribu-ribu penjenayah yang menggunakannya untuk melancarkan skim pemerasan sebenar, dengan ganjaran mendapat pengurangan tindakan,” katanya.

Sementara itu malware Adobe Flash, tumbuh 317 peratus dalam suku pertama. Intel Security menjumpai 200,000 contoh malware Flash di kalangan pangkalan pelanggannya beratus-ratus juta telefon dan pengguna komputer di seluruh di dunia. Kod berniat jahat mengambil kesempatan dari versi perisian Adobe ketinggalan zaman yang secara meluas digunakan.