Peras ugut: Warga Nigeria ditahan reman

Peras ugut: Warga Nigeria ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, memerintahkan seorang lelaki Nigeria untuk ditahan reman bagi membantu siasatan polis berhubung dengan peras ugut. Muhammad Hafiz bin Abdullah Ugorji @ Chimere Charles Ugorji yang berkahwin dengan wanita tempatan menghadapi pertuduhan melakukan peras ugut ke atas seorang wanita berusia 34 tahun dengan menakutkan mangsa untuk menyebarkan video lucah mereka berdua kepada orang ramai, jika mangsa gagal membayar $5,000 kepada tertuduh.

Kes itu turut disebarkan oleh orang ramai melalui media sosial.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA