Perasmian Festival B-14 AFC jam 4 petang

Perasmian Festival B-14 AFC jam 4 petang

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Festival Bolasepak Serantau Bawah 14 Tahun (B-14) AFC 2015 akan dirasmikan pada jam 4 petang esok (Selasa) di Padang & Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Mesyuarat penyelarasan festival telah diadakan di NFABD House petang tadi dan dipengerusikan oleh Pengurus Festival AFC, Dr Shamil Kamil Mohammed.

Beberapa agenda mesyuarat telah dibincangkan bersama dengan pengurus dan jurulatih daripada sembilan pasukan iaitu Brunei Darussalam, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste.

AFC telah membahagikan sembilan pasukan itu kepada dua kumpulan di mana Brunei Darussalam, Malaysia, Timor Leste, Filipina dan Myanmar dalam Kumpulan A, manakala Laos, Vietnam, Singapura dan Thailand dalam Kumpulan B.

Dr Shamil Kamil (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat di NFABD House semalam.
Dr Shamil Kamil (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat di NFABD House semalam.

Agenda mesyuarat yang telah dibincangkan itu termasuklah perihal pentadbiran, pertandingan, sekuriti, akreditasi dan akses, disiplin, pengadilan, perubatan, pemasaran, media dan lain-lain.

Hadir sama ialah Instruktor FIFA, Mohamad Rodzali bin Yacob dari Malaysia dan Michael Hanania dari Palestin serta dua pegawai perubatan iaitu Dr Danish Zaheruddin dan Dr. Jimmy Chin. Festival akan berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA