Perasmian Sukan SEA ke-28 gemilang

Perasmian Sukan SEA ke-28 gemilang

SINGAPURA, 5 Jun (Reuters) – Tirai Sukan Asia Tenggara kali ke-28 kini dibuka secara rasminya hari ini dengan upacara penuh gemilang dan berwarna-warni yang berlangsung di Stadium negara Singapura.

Sebagai satu tradisi, temasya sukan itu dirasmikan oleh ketua negara yang menjadi hos dan kini Presiden Singapura, Tuan Yang Terutama Tony Tan menyempurnakan perasmian temasya tersebut yang menyaksikan persembahan pembukaan yang begitu hebat mempamerkan budaya serantau yang berbilang dan perkembangan ekonomi mantap.

Kira-kira 50,000 penonton membanjiri stadium negara Singapura yang menelan belanja S$1 bilion dalam masa dua jam upacara itu dijalankan.

Lebih dari 4,000 atlet dari sebelas negara bertanding berarak masuk ke stadium berkenaan, dimulai dari kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diikuti oleh Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Tuan rumah Singapura masuk ke stadium sebagai kontinjen terakhir dengan bendera negara Singapura dibawa oleh atlet muda acara renang Quah Zheng Wen yang cuba untuk memenangi 12 pingat emas di kejohanan itu.

28th SEA Games Singapore 2015

Kontinjen negara berarak masuk membawa bendera negara – InfoFoto
Kontinjen negara berarak masuk membawa bendera negara – InfoFoto
Kontinjen negara berarak masuk ke stadium negara Singapura. – AFP
Kontinjen negara berarak masuk ke stadium negara Singapura. – AFP
Athletes from Indonesia march during at the opening ceremony of the biennial Southeast Asian (SEA) Games in Singapore's National Stadium on June 5, 2015.   AFP PHOTO / ROSLAN RAHMAN
Athletes from Indonesia march during at the opening ceremony of the biennial Southeast Asian (SEA) Games in Singapore’s National Stadium on June 5, 2015. AFP PHOTO / ROSLAN RAHMAN

Bendera Sukan SEA dinaikkan dan Micky Lin kapten pasukan bola jaring Singapura meneruskan dengan membaca ikrar.

Upacara itu mengetengahkan aspirasi anak muda yang berani untuk mempunyai impian yang besar dan mencipta masa depan yang lebih cerah.

Larian obor dimulakan di pusat bandar Marina Bay dan telah diserahkan di antara generasi atlet terbaik Singapura.

Akhir sekali, obor itu diserahkan kepada Fandi Ahmad, pemain bola sepak ternama Singapura yang telah bermain 100 kali buat negaranya dan menjaring 55 gol.

Dia juga ditemani oleh anaknya yang berusia 17 tahun Irfan, yang juga merupakan atlet Singapura yang menyertai kejohanan itu, bersama mereka menghidupkan api Sukan SEA , disemarakkan lagi dengan bunga api di stadium dan di beberapa tempat di bandar raya Singapura.

SEAGAMES-2015-SIN-OPENING

28th SEA Games Singapore 2015

SEAGAMES-2015-SIN-OPENING

28th SEA Games Singapore 2015

Maskot sukan SEA ke-28 masuk ke stadium melalui udara. – AFP
Maskot sukan SEA ke-28 masuk ke stadium melalui udara. – AFP

Seperti semua kejohanan sukan yang lain, Sukan SEA bergelut untuk mendapatkan perhatian di mata dunia, akan tetapi bagi 11 buah negara yang bertanding, ia merupakan satu cabaran.

Diadakan setiap dua tahun sejak 1959, Sukan SEA mengetengahkan berbagai-bagai acara sukan, kebanyakannya juga acara yang diadakan di sukan Olimpik tapi juga menyelitkan tradisi sukan rantau tersebut seperti acara pencak silat, sepak takraw dan perlumbaan perahu naga.

Kali terakhir Singapura menghoskan sukan SEA adalah pada tahun 1993 tetapi telah diminta untuk menganjurkan sukan SEA tahun ini sempena 50 tahun kemerdekaan dari Malaysia.

Perayaan sepanjang tahun ditambah lagi dengan berita kematian perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew pada Mac lepas.

Lebih 400 pingat emas bakal diraih sebelum penutupan rasmi sukan pada 16 Jun. Dan berpuluh pingat telah diraih sebelum upacara pembukaan dengan tuan rumah memenangi tujuh pingat. Vietnam empat, Thailand dua dan Malaysia satu.