Peraturan angkasa lepas akan digubal

Peraturan angkasa lepas akan digubal

MONTREAL, 15 Mac (AFP) – Agensi penerbangan PBB hari ini menggesa bagi peraturan perjalanan angkasa lepas digubal dalam tempoh lima tahun untuk mengukuhkan sektor pelancongan dan pengangkutan yang berkembang.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ‘mengakui bahawa penerbangan sub-orbit dan angkasa lepas akan merangsang pasaran baru pelancongan dan pengangkutan dan pelaburan dalam penyelidikan dan perkembangan berkaitan masih pada tahap sangat sihat,” Presiden Majlis ICAO Olumuyiwa Benard Aliu berkata.

“Secara peribadi sebagai seorang jurutera, saya sangat gembira untuk melihat impian dan teori menjadikan penerbangan angkasa lepas sebagai biasa kini menjadi realiti nyata.

Dalam mengemukakan kesnya, agensi menekankan pertambahan kecil dalam bilangan rekaan kapal angkasa lepas yang telah melonjak dari konsep kepada realiti, dengan mengatakan lebih banyak akan menyusul.

ICAO juga menyatakan peningkatan mantap dalam pelancaran kapal roket dan pangkalan angkasa lepas kini menjadi ‘realiti operasi’, menurut kenyataan agensi itu yang beribu pejabat di Montreal.

Virgin Galactic, syarikat pelancongan angkasa lepas milik jutawan Britain Richard Branson bulan lalu telah mendedahkan kapal angkasa lepas komersial baru 16 bulan selepas kapal angkasa sebelumnya terlibat dalam nahas yang mengorbankan seorang juruterbang ketika melakukan penerbangan ujian.

SpaceShipOne syarikat itu adalah pesawat angkasa lepas pertama persendirian sampai ke hujung angkasa lepas pada tahun 2004.

Sementara itu, SpaceX milik seorang lagi jutawan, Elon Musk telah berjaya melancarkan satelit perhubungan ke orbit jauh, tetapi gagal mendaratkan peringkat pertama roketnya Falcon 9 di platform laut awal bulan ini.