Peraturan buruh jejas ekonomi

Peraturan buruh jejas ekonomi

BEIJING, 7 Mac (AFP) – Peraturan pekerja China menjejaskan pekerja dengan mengurangkan peluang pekerjaan, kata menteri kewangan hari ini tatkala Beijing cuba menyusun semula ekonominya sementara mengelak pembuangan pekerja beramai-ramai dan pergolakan sosial.

Undang-undang kontrak pekerja yang diluluskan pada 2007 mengehadkan keupayaan syarikat untuk memecat pekerja. Menteri Lou Jiwei berkata ia bersifat diskriminasi terhadap orang yang menyertai tenaga kerja, dan dengan itu tidak produktif.

Komen beliau mengenai isu sampingan Kongres Rakyat Nasional (NPC) mengulang perdebatan di seluruh dunia mengenai konflik di antara pewujudan pekerjaan dan perlindungan pekerja sekarang.

China pernah menguasai ekonomi di mana ramai pekerja boleh bergantung pada unit kerja mereka, atau ‘danwei’, untuk segalanya daripada perumahan kepada penjagaan kesihatan.

Tiga dekad lalu, ia mengamalkan prinsip pasaran – digelar ‘sosialisme bersama ciri China’ – mencetuskan keadaan melambung ekonomi yang besar. Namun beberapa sektor masih mengembung dan tidak efisien, terutamanya perusahaan milik negara.

Lou Jiwei ketika menerima pertanyaan semasa sidang akhbar Kongres Rakyat Nasional di Beijing pada 7 Mac. – AFP
Lou Jiwei ketika menerima pertanyaan semasa sidang akhbar Kongres Rakyat Nasional di Beijing pada 7 Mac. – AFP

Lou berkata “tujuan asal undang-undang pekerja adalah untuk melindungi pekerja, tetapi pada akhirnya ia menjejas kepentingan sesetengah pekerja, dan mungkin membawa kepada kenaikan mendadak dalam gaji,” menambah kos firma dan mendorong mereka memindah operasi ke luar negara.

“Akhirnya siapa yang terjejas? Pekerjalah yang terjejas,” kata beliau. “Peluang pekerjaan menjadi kurang.”

Beliau tidak mencadangkan pembaharuan khusus tetapi berkata kementerian kewangan “mesti mendedahkan masalah yang dilihatnya, disebabkan ia mempunyai kesan ke atas seluruh ekonomi.”

Mengurangkan kapasiti berlebihan dalam sektor industri seperti keluli dan arang batu telah menjadi dasar utama untuk ekonomi kedua terbesar dunia tatkala ia berusaha beralih daripada pertumbuhan ekonomi pimpinan pelaburan kepada model yang berorientasikan pengguna.