Perbadanan Labuan sedia bantu komuniti perniagaan

Perbadanan Labuan sedia bantu komuniti perniagaan

LABUAN, 13 Jun (Bernama) – Perbadanan Labuan (LC) sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada komuniti perniagaan, terutamanya pelabur, kata Pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan, Ibrahim Tambi.

Beliau menjelaskan, ini termasuk menyediakan maklumat mengenai pembangunan yang bakal dibuat di pulau bebas cukai itu.

“Jabatan saya bertanggungjawab untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah pulau yang maju dan seimbang.

“Oleh itu, kami sentiasa bersedia bagi memberi taklimat kepada mana-mana pihak, samada syarikat swasta, pelabur, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai potensi perniagaan serta industri di sini,” katanya.

Datuk Moehamad Izat Emir (tiga kanan) merima cenderahati daripada Presiden Perdasama Labuan yang baru dipilih Suwardy Zainuddin (dua kiri). Datuk Moehamad Izat berkata persatuan itu akan merancang untuk bekerja bersama-sama dengan LC bagi kebaikan anggotanya. – Bernama

Beliau berkata demikian dalam pembentangan mengenai perkembangan semasa dan akan datang Labuan kepada Persatuan Pedagang dan Penguasaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini, semalam.

Ibrahim juga berkata walaupun ketidakstabilan dalam industri minyak dan gas telah memberikan kesan ke atas ekonomi Labuan, perbadanan itu akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam pelaburan dan hal-hal keusahawanan.

Sementara itu, Presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Amir berkata persatuan itu merancang untuk bekerja bersama-sama dengan LC bagi kebaikan anggotanya.

“Mungkin kami boleh menjadi tuan rumah untuk pameran antarabangsa melibatkan kapal-kapal besar atau perniagaan di sini,” katanya.