Perbaiki catatan masa

Perbaiki catatan masa

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari ini menerajui pasukannya ISB Hammerheads dengan meraih pingat emas di acara renang kuak bebas bagi bahagian campuran 8 tahun, 4 x 25 SC meter di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas, di sini.

Berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei 7 hingga 9 Tahun itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut memenangi pingat perak bagi kuak kupu-kupu 25 SC Meter dan Gangsa bagi Kuak bebas 25 SC Meter dan sekali gus mencatat masa terbaiknya iaitu 23.91 saat dan 20.47 saat.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar selepas berakhirnya Kejohanan Renang Brunei 7-9 Tahun di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar selepas berakhirnya Kejohanan Renang Brunei 7-9 Tahun di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim (kanan) bersama pasukannya selepas memenangi pingat emas dalam acara campuran 8 tahun 4x25 kuak bebas.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim (kanan) bersama pasukannya selepas memenangi pingat emas dalam acara campuran 8 tahun 4×25 kuak bebas.

Selain itu, Yang Teramat Mulia juga memperbaiki masanya 26.07 saat di dalam kuak kupu-kupu dan 20.47 saat di dalam kuak bebas serta mencatatkan masa terbaiknya di dalam kuak belakang iaitu 25.46 saat berbanding 27.02 saat sebelum ini.

Kelab Rekreasi Diraja Brunei menjadi juara keseluruhan dengan mengumpul 10 emas dan enam perak, Persatuan Renang Amatur Miri tampil di tempat kedua dengan lima emas, enam perak dan tiga gangsa sementara Kelab Gymkhana Miri di tempat ketiga dengan pungutan lima emas, empat perak dan tiga gangsa.