Perbaiki corak permainan – Steve

Perbaiki corak permainan – Steve

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Kurang konsisten pada perlawanan menentang Home United pada hujung minggu lalu antara berpunca daripada keadaan rumput di stadium negara yang sedikit panjang.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC ketika ditemui di Stadium Mini di Jerudong bagi ulasannya mengenai pertembungan menentang Tampines Rovers Besok di tempat sendiri.

“Pada separuh masa pertama di perlawanan lalu menentang Home United FC, corak permainan banyak dipengaruhi rumput di stadium yang sedikit panjang dan ia menyebabkan pemain mengambil masa untuk penyesuaiannya berbanding di Mini Stadium di Jerudong,” jelas Steve Kean.

Steve Kean, Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC
Steve Kean, Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC

Beliau menegaskan melihat ringkasan perlawanan Tampines Rovers terbaru dan menganggap pasukan itu sebagai antara pasukan yang berbahaya terutama di bahagian serangan dan mungkin sahaja Brunei DPMM FC akan berhadapan dengan cabaran untuk membuka pertahanan pasukan itu besok.

“Namun itu adalah yang perlu kita perbaiki dan berikan perhatian dan ia banyak dipengaruhi perubahan yang besar pasukan yang mendapat bajet besar untuk merubah pemain dan pasukannya yang bagi saya setakat ini berjaya,” tegasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA