Perbalahan di laut jejas hubungan Taipei, Jepun

Perbalahan di laut jejas hubungan Taipei, Jepun

TAIPEI, 1 Mei (AFP) – Taiwan hari ini menghantar dua kapal peronda ke perairan sekitar atol Jepun di tengah perbalahan mengenai rampasan salah sebuah bot nelayan pulau di sana.

Penahanan ‘Tung Sheng Chi 16’ berhampiran Okinotori-shima pada minggu lalu menimbulkan kemarahan pegawai Taiwan, yang berkata Tokyo tidak mempunyai kuasa ke atas kawasan di sana. Sebuah kapal pengawal pantai Taiwan dan sebuah kapal daripada Majlis Pertanian bertolak dari pelabuhan selatan Kaoshiung hari ini.

“Jepun tidak mempunyai hak untuk mengharam bot nelayan kami daripada kawasan berkenaan,” kata pentadbiran pengawal pantai Taiwan dalam satu kenyataan. “Kerajaan akan mempertahann hak dan kebebasan nelayan kami di perairan antarabangsa.”

Misi itu akan mengambil masa satu hingga tiga bulan. Di antara 100-200 bot Taiwan menangkap ikan di perairan sekitar Okinotori-shima setiap tahun. Jepun berkata ia mempunyai hak eksklusif di kawasan 200 batu nautikal sekitar atol yang tidak dihuni di Laut Filipina.

Hsun Hu No. 9, sebuah kapal pengawal pantai Taiwan, berlayar di selatan Kaohsiung apabila ia berlepas bagi Jepun Okinotori-shima Kelmarin. – AFP
Hsun Hu No. 9, sebuah kapal pengawal pantai Taiwan, berlayar di selatan Kaohsiung apabila ia berlepas bagi Jepun Okinotori-shima Kelmarin. – AFP

Selain daripada Taiwan, China dan Korea Selatan juga menolak tututan Jepun. Kementerian pertahanan Taiwan berkata ia juga merancang menghantar kapal perang ke ‘perairan berkenaan’ tetapi jurucakap David Lo enggan mengulas lanjut.

Perbalahan laut kini menjejas hubungan yang mesra di antara Taipei dan Tokyo. Ia menyusuli satu perbalahan mengenai satu rangkaian pulau di Laut China Timur tiga tahun lalu, apabila sebuah kapal pengawal pantai daripada kedua-dua pihak menyerang di antara satu sama lain dengan penyembur air.

Pulau berkenaan – dikenali sebagai Senkaku dalam bahasa Jepun dan Diaoyu dalam bahasa China – dikawal oleh Jepun tetapi dituntut oleh China dan Taiwan. Namun pada tahun 2013 Jepun dan Taiwan mencapai satu perjanjian perikanan yang merangkumi perairan di luar rangkaian pulau.

ARTIKEL YANG SAMA