Perbanyak ist...

Perbanyak istighfar di tahun baru

BEGITU banyak persoalan sebenarnya bilakah tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk menyambut tahun baharu 2017 ?

Terdapat tiga masa yang diiktiraf oleh pakar masa seluruh dunia dan setiap pendapat disokong dengan hujah masing-masing. Pendapat pertama menyatakan bermulanya 2017 ialah pada 1 Januari 2017 iaitu hari Ahad jam 12 tengah malam manakala pendapat kedua pula masanya bermulanya pada 1 Januari 2017 iaitu hari Ahad jam 12.01 tengah malam.

Pendapat ketiga menetapkan, bermulanya tahun baharu 2017 ialah pada 1 Januari 2017 iaitu hari Ahad tetapi ketika terbitnya matahari iaitu waktu syuruq.

Pendapat pertama dan kedua terdapat persamaan begitu hampir. Mereka cuma berselisih mengenai permulaannya sama ada jam 12 tengah malam atau perlu menunggu minit pertama baru dikira bermulanya tahun baharu.

Bagaimanapun hampir seluruh dunia mengikut pendapat pertama iaitu tahun baharu bermula jam 12 tengah malam. Oleh kerana hampir semua negara menggunakan 12 tengah malam sebagai permulaan maka terdapat 24 masa berbeza di seluruh dunia.

 Jika tahun Hijrah bermula ketika masuknya waktu Maghrib maka tahun Masihi sudah tentu bermula pada waktu terbit matahari iaitu waktu syuruq.
Jika tahun Hijrah bermula ketika masuknya waktu Maghrib maka tahun Masihi sudah tentu bermula pada waktu terbit matahari iaitu waktu syuruq.
Bagaimanapun hampir seluruh dunia mengikut pendapat pertama iaitu tahun baharu bermula jam 12 tengah malam termasuklah Malaysia.
Bagaimanapun hampir seluruh dunia mengikut pendapat pertama iaitu tahun baharu bermula jam 12 tengah malam termasuklah Malaysia.

Beza tahun Masihi, Hijrah

Tempat mula-mula sekali merayakan tahun baharu ialah Samoa (Apia), Pulau Chatam (New Zealand), Chukotka (Russia), Pulau Norfolk (Australia) dan beberapa kepulauan kecil yang terletak paling timur diikuti oleh tempat lain.

Kawasan paling akhir menyambut tahun baharu selepas 23 jam kemudian ialah Samoa Amerika iaitu wilayah Amerika Syarikat yang terletak di selatan Lautan Pasifik.

Dalam hal ini, penulis berpendapat waktu bermulanya tahun baharu Masihi adalah pada waktu syuruq iaitu waktu terbit matahari hari Ahad, 1 Januari 2017 kerana tahun Masihi berasaskan matahari dan tahun Hijrah berasaskan bulan. Jadi, jika tahun Hijrah bermula ketika masuknya waktu Maghrib maka tahun Masihi sudah tentu bermula pada waktu terbit matahari iaitu waktu syuruq.

Sebagai Muslim kita sepatutnya menerima pakai kedua-duanya iaitu tahun Hijrah dan Masihi. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka (ashabul kahfi) berada dalam gua mereka selama 300 tahun dan mereka menambah sembilan.” (Surah al-Kahfi, ayat ke-25).

Persoalannya, siapakah mereka yang kedua itu? Ahli tafsir mentafsirkan mereka itu ialah umat Nabi Muhammad SAW yang menggunakan takwim Hijrah dalam menentukan hari, minggu, bulan dan tahun.

Fakta al-Quran

Berdasarkan matematik mudah, satu tahun Hijrah ialah 354.2 hari manakala satu tahun Masihi ialah 365.25 hari. Perbezaan antara keduanya 11 hari sahaja.

Oleh itu, satu tahun Masihi ada baki 11 hari. Setiap 33 tahun 4 bulan tahun Masihi kita perlu menambah setahun pada tahun Hijrah. Justeru, 100 tahun Masihi bersamaan 103 tahun Hijrah, 300 tahun Masihi bersamaan 309 tahun Hijrah. Ashabul kahfi berada dalam gua selama 300 tahun mengikut tahun Masihi atau 309 tahun Hijrah.

Kawasan paling akhir menyambut tahun baharu selepas 23 jam kemudian ialah Samoa Amerika iaitu wilayah Amerika Syarikat yang terletak di selatan Lautan Pasifik.
Kawasan paling akhir menyambut tahun baharu selepas 23 jam kemudian ialah Samoa Amerika iaitu wilayah Amerika Syarikat yang terletak di selatan Lautan Pasifik.

Penentuan masuk waktu solat berdasarkan kedudukan matahari pada sesuatu tempat, begitu juga waktu mula menunaikan ibadah puasa dan berbuka berdasarkan kedudukan matahari. Penentuan tarikh 1 Ramadan ditentukan menerusi kemunculan anak bulan, begitu juga kedatangan Syawal.

Dari sudut statistik pula perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran iaitu 32 kali nama khas (asy-Syams) dan sekali nama am (syamsan), manakala perkataan bulan sebanyak 27 kali dalam al-Quran iaitu 26 kali nama khas (al-Qamar) dan sekali nama am (qamaran).

Perkataan hari dalam bahasa Arab disebut ‘yaum’ yang disebut dalam al-Quran dengan kata nama khas sebanyak 349 kali. Perkataan yauman, kata nama am disebut sebanyak 16 kali. Jika dijumlah 349 dan 16, jumlahnya 365 bersamaan bilangan hari dalam tahun Masihi.

Perbanyak istighfar

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati (iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah).” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Lebih menakjubkan, bilangan perkataan syahrun yang bermaksud bulan disebut sebanyak 12 kali dalam al-Quran. Sehubungan itu, tidak hairanlah kenapa semua kalendar utama dunia menetapkan 12 bulan dalam setahun. Ini cuma sekelumit daripada pelbagai rahsia dalam al-Quran yang perlu dikaji oleh umat Islam seluruh dunia.

Untuk menyambut 2017 masa untuk menyambut tahun baru ialah apabila terbit matahari pada Ahad, 1 Januari yang lalu. Kita digalakkan memperbanyakkan istighfar di atas dosa yang lalu dan memuji Allah SWT kerana memanjangkan usia kita.

ARTIKEL YANG SAMA