Perbanyak lukisan bermotif budaya

Perbanyak lukisan bermotif budaya

TAWAU, 6 Ogos – Pelukis di negeri ini diminta menghasilkan lebih banyak karya bermotifkan keunikan budaya dan cara hidup masyarakat setempat bagi membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata selain menarik minat pelancong terutamanya dari luar negara, penghasilan karya yang unik, menarik dan berkualiti dapat mempromosi keindahan dan keunikan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Saya yakin ini dapat membawa mesej yang jelas kepada masyarakat, betapa karya seni juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat melalui paparan visual,” katanya. – Bernama