Perbanyakkan platform golongan belia

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Lebih banyak platform harus disediakan untuk memberikan peluang kepada golongan muda di Brunei untuk berkongsi idea, menubuhkan rangkaian dengan golongan muda yang lain serta untuk memberikan peluang kepada mereka membuat perubahan di Brunei Darussalam.

Harapan itu disuarakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari ketika berucap di Pelancaran Hari Pemerkasaan Belia Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang berlangsung di Bangunan Integrated Science, UBD, kelmarin. (Klik di sini untuk berita lanjut)