PERBEKAL adakan majlis keagamaan

PERBEKAL adakan majlis keagamaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), hari ini, telah mengadakan majlis sambutan bersempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di ibu negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mengajak, mendorong dan memudahkan penduduk-penduduk kampung berkenaan melakukan aktiviti yang berguna serta memperoleh kelebihan dan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Antara mereka yang hadir.
Antara mereka yang hadir.
Pengiran Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Pengiran Nordin ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Di samping itu memperingati kisah yang penuh hikmah tentang pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam bersama anaknya, Nabi Ismail Alaihi Salam.

Majlis turut diisi dengan Ceramah Khas Aidiladha yang disampaikan oleh Awang Aadi Aismat bin Lamat dan diakhiri dengan laungan dikir dan bacaan doa selamat.

ARTIKEL YANG SAMA