PERBEKAL hos Majlis Tadarus Wanita

PERBEKAL hos Majlis Tadarus Wanita

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), hari ini, menjadi hos Majlis Tadarus Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam bagi 2015.

Serentak dengan itu juga, pada malis yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia Bandar Seri Begawan, itu telah diadakan Majlis Penutup Tadarus PERBEKAL Ramadan 2015.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Presiden PERBEKAL, Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi, serta ahli-ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Pembela.

Pengerusi Tetap PERBEKAL selaku Pengerusi Bersama Majlis, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir ketika ditemui berkata, majlis itu sertai oleh kira-kira 70 ahli PERBEKAL dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

Pengiran Nordin (lima dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Pengiran Nordin (lima dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Antara ahli PERBEKAL dan Majlis Wanita yang menghadiri majlis tadarus itu.
Antara ahli PERBEKAL dan Majlis Wanita yang menghadiri majlis tadarus itu.

Menurutnya, majlis yang merupakan acara tahunan PERBEKAL itu juga merangkumi bacaan tahlil dan doa arwah bagi bekas ahli dan anggota keluarga ahli persatuan yang telah kembali ke rahmatullah, terutama kepada Allahyarham Awang Mohd Ridwan bin Abdullah, iaitu suami kepada ahli jawatankuasa tadbir PERBEKAL, Dayang Masnah binti Abdul Ghani, yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Jun 2015.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PERBEKAL telah merancang sebanyak 30 hingga 40 aktiviti persatuan sepanjang tahun ini, termasuk beberapa projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Belia Negara Brunei Darussalam dan majlis perundingan mukim dan kampung.

Ujarnya, antara projek besar yang akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini ialah Ekspo Kenangan PERBEKAL sempena ulang tahun ke-15 penubuhan PERBEKAL, yang pada masa ini sedang mendapatkan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan untuk mendapatkan lokasinya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan bertadarus dan tahlil yang dipimpin oleh Haji Abu Bakar bin Haji Pungut.

ARTIKEL YANG SAMA