Perbelanjaan Jepun lemah, inflasi jejas pemulihan

Perbelanjaan Jepun lemah, inflasi jejas pemulihan

TOKYO, 30 Sept – Perbelanjaan di kalangan keluarga Jepun merosot pada bulan lalu dan harga pengguna merosot sekali lagi, data menunjukkan hari ini, selepas Bank Jepun mengumumkan ia sedang membaikpulih satu usaha untuk mengawal deflasi.

Data yang mengecewakan itu menandakan amaran terbaru untuk ekonomi nombor tiga dunia, dan akan memberikan tekanan yang lebih kepada pegawai untuk mencari satu penyelesaian untuk memulakan pertumbuhan.

Angka kerajaan menunjukkan perbelanjaan keluarga pada Ogos mengecut 4.6 peratus berbanding setahun lalu, jauh di bawah jangkaan untuk kemerosotan sebanyak dua peratus.

Harga pengguna utama, tidak termasuk harga makanan segar, merosot untuk bulan keenam berturut-turut, merosot 0.5 peratus – jauh di bawah sasaran inflasi BoJ sebanyak dua peratus.

Bagaimanapun, pasaran pekerja masih terjejas dengan kadar pengangguran pada tahap rendah 3.1 peratus sementara pengeluaran kilang meningkat lebih kukuh daripada dijangka sebanyak 1.5 peratus pada bulan lalu.

Orang ramai melintas lalu pekerja kedai yang memegang papan tanda jualan di hadapan sebuah kedai di Tokyo, kelmarin. - AFP
Orang ramai melintas lalu pekerja kedai yang memegang papan tanda jualan di hadapan sebuah kedai di Tokyo, kelmarin. – AFP

“Kemerosotan berterusan dalam inflasi harus memberikan amaran di Bank Jepun,” kata Marcel Thielient di firma penyelidikan Capital Economics. “Melihat ke depan, kami menjangka inflasi merosot seterusnya kepada sifar pada bulan-bulan akan datang, yang menandakan Bank Jepun masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memenuhi sasaran inflasi dua peratus.”

Pegawai Jepun menerima tekanan tinggi untuk mencapai keputusan, tatkala ramai ahli ekonomi menghapus kira dasar Perdana Menteri Shinzo Abe berbelanja-untuk-pertumbuhan untuk menjana ekonomi, digelar Abenomics.

Pada minggu lalu, BoJ, yang melancarkan program pembelian bon besar-besaran untuk merangsang ekonomi, mendedahkan satu lagi senjata eksotik dalam program dasar mata wangnya. – AFP