Perbelanjaan pengguna kukuh, saham AS naik

Perbelanjaan pengguna kukuh, saham AS naik

NEW YORK – 25 Jun (AFP) – Saham Wall Streets dibuka lebih tinggi hari ini berikutan satu laporan kukuh terhadap perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat (AS) walaupun di tengah rundingan di Brussels untuk mengelakkan hutang di Greek masih terbengkalai.

Tujuh minit menuju perdagangan, Purata bagi Industri Drow Jones adalah pada 18,027.49, meningkat 6.42 mata (0.34 peratus).

Broad-based S&P 500 pula meraih 5.78 mata (0.27 peratus) pada 2,114.36, sementara tech-rich Nasdaq Composite Index maju 15.50 (0.30 peratus) kepada 5,137.91.

Perbelanjaan pengguna, peneraju utama ekonomi, melompat lebih tinggi daripada jumlah 0.9 peratus yang dijangka pada Mei, kenaikan paling ketara sejak Ogos 2009, menurut data Jabatan Perdagangan.

Bagaimanapun masih tiada perjanjian jaminan berikutan rundingan kecemasan di antara Greece dan pemiutang awal hari ini. Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata Greece “lebih rela mengambil langkah ke belakang.”

Rundingan diteruskan hari ini di Brussels menjelang tarikh akhir pembayaran hutang Greece pada 30 Jun sebanyak AS$1.7 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa.