Perbicaraan dua Uighur tanam bom ditangguh

Perbicaraan dua Uighur tanam bom ditangguh

BANGKOK, 23 Ogos – Perbicaraan dua orang Uighur China yang dituduh menanam bom yang mengakibatkan kematian di Bangkok tahun lalu telah ditangguhkan hari ini kerana pihak pembelaan tidak dapat membawa penterjemah Uighur, menurut perintah mahkamah tentera.

Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed, kedua-duanya anggota minoriti Islam China yang bertutur bahasa Turki, dituduh menanam bom di sebuah tempat suci Hindu popular di tengah bandar Thailand pada Ogos 2015.

Pihak berkuasa Thailand dikritik kerana penyiasatan lembap yang nampaknya lambat sejurus selepas penahanan dua lelaki itu, yang mengakibatkan lebih dua puluh tersangka utama masih bebas.

Kes itu seterusnya rumit selepas satu-satunya penterjemah bagi kedua-dua lelaki itu, iaitu seorang warga Uzbeck, telah diberkas atas tuduhan dadah pada Jun lalu.

Dia diburu dan pihak pembelaan tidak dapat mendapatkan penterjemah baru tepat pada masanya, peguam tertuduh memberitahu mahkamah tentera hari ini.

Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga perbicaraan akan datang iaitu pada 15 September, menurut seorang pemberita AFP yang berada di dalam bilik mahkamah, yang mana pengambilan nota adalah ditegah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA