Perbicaraan kes penipuan cukai Messi bermula Mei

Perbicaraan kes penipuan cukai Messi bermula Mei

BARCELONA, 21 Jan – Perbicaraan bintang Barcelona, Lionel Messi dan bapanya kerana dakwaan penipuan cukai akan bermula 31 Mei ini, kata mahkamah tinggi wilayah berkenaan, hari ini.

Messi, yang baru-baru ini dimahkotakan pemenang Ballon d’Or untuk rekod lima kali dan bapanya, Jorge, didakwa kerana penipuan cukai akibat gagal mengisytiharkan 4.16 juta euro berkaitan cukai terhadap hak imejnya di antara tahun 2007 hingga 2009.

Perbicaraan akan berlangsung hingga 3 Jun, kata Mahkamah Tinggi Catalan dalam satu kenyataan. Pendakwa raya negeri sudah memohon kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara 22 setengah bulan.

Pendakwa raya telah meminta kes pemain Argentina itu digugurkan kerana mereka menganggap penipuan itu dilakukan oleh bapanya, yang telah menguruskan anaknya sejak kecil.

Perbicaraan Messi dan bapanya berkenaan dakwaan penipuan cukai akan bermula 31 Mei ini. - Reuters
Perbicaraan Messi dan bapanya berkenaan dakwaan penipuan cukai akan bermula 31 Mei ini. – Reuters

Tetapi pada Oktober 2015, hakim yang mengendalikan kes menolak permintaan itu dengan menulis di mahkamah memfailkan bahawa “terdapat tanda-tanda rasional jenayah itu telah dilakukan oleh kedua-dua tertuduh.”

Jorge Messi membuat bayaran pembetulan secara sukarela sebanyak lima juta euro pada Ogos 2013 yang dijangka boleh mengurangkan sebarang hukuman.

Malah jika sabit kesalahan tidak mungkin Messi atau bapanya masuk penjara memandangkan hukuman penjara kurang daripada dua tahun di Sepanyol biasanya digantung bagi kesalahan kali pertama.

Bulan lalu, kedua-duanya dibebaskan terhadap dua dakwaan berasingan berkaitan perlawanan persahabatan kebajikan pada tahun 2012 dan 2013 selepas hakim mendengar pengakuan daripada ahli perniagaan Argentina yang menganjurkan perlawanan itu.

Pemain itu disiasat untuk melihat sama ada dia gagal membuat pengisytiharan kepada bahagian cukai, sebarang pendapatan daripada pembabitan dalam sebarang perlawanan persahabatan di Mexico, Colombia, Amerika Syarikat dan Peru. – AFP