Perbicaraan pembunuh warga Britain diketahui Disember

Perbicaraan pembunuh warga Britain diketahui Disember

BANGKOK, 12 Okt – Seorang hakim Thailand akan mengumumkan satu keputusan bagi perbicaraan dua pekerja penghijrah Myanmar yang dituduh membunuh dua pelancong Britain pada hujung tahun lepas, menurut peguam bela hari ini, berikutan satu perbicaraan yang telah dicemari kontroversi.

Warga Britain, Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui dipukul hingga mati di pulau selatan Koh Tao tahun lepas. Pemeriksaan post-mortem menunjukkan Witheridge telah diperkosa. Pembunuhan itu membangkitkan persoalan tentang keselamatan para pelancong di Thailand, kecekapan pasukan polisnya dan layanan terhadap pekerja penghijrah.

Para peguam bagi tertuduh, Zaw Lin dan Win Zaw Htun, kedua-duanya 22 tahun, telah menyalahkan ketidakcekapan polis dan salah pengendalian bukti menjadi tumpuan pada pembelaan mereka.

“Keputusan akan ditentukan pada 24 Disember,” ketua peguam bela Nakhon Chompuchat memberitahu Reuters. “Masih ada peluang untuk kami menang,” katanya, menambah ketidakkonsistenan dalam siasatan polis, termasuk tidak menutup tempat kejadian jenayah dengan betul, yang boleh menyokong pembelaan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA