Perbincangan antara Brahim’s dan tabung haji diteruskan

Perbincangan antara Brahim’s dan tabung haji diteruskan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Perbincangan berterusan antara Brahim’s Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif Brahim’s Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi.

Perbincangan itu mengenai meningkatkan bekalan makanan Brahim’s kepada jemaah haji di Mekah, katanya di majlis pelancaran buku Brahim’s, hari ini.

Mengikut kerjasama sedia ada, Brahim’s hanya menyediakan makanan kepada jemaah haji di lapangan terbang utama seperti di Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar.

Bagaimanapun, buat permulaan, beliau berkata Brahim’s akan menaja 10,000 pek makanan untuk jemaah haji terpilih tahun ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA