Perbincangan membuahkan hasil

Perbincangan membuahkan hasil

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Kluster Pengangkutan BIMP-EAGA, yang merangkumi Pengangkutan Darat, Perhubungan Laut dan Udara.

Mesyuarat dua hari, 20 dan 21 Mei, yang diadakan di Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, di sini, itu dihadiri oleh 55 ahli delegasi dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Menurut kenyataan Kementerian Perhubungan, sebelum mesyuarat berkenaan, rombongan delegasi berkenaan juga telah menghadiri Mesyuarat Pertumpuan di antara Kumpulan Kerja Kastam, Imigrasi, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) BIMP-EAGA dan Kumpulan Kerja Pengangkutan BIMP-EAGA yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun pada 19 Mei.

Dalam pada itu, delegasi mesyuarat berkenaan telah diraikan pada majlis makan malam yang dihoskan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, di Restoran Tarindak D’seni di ibu negara.

Awang Abdul Mutalib menghoskan majlis bagi meraikan para delegasi mesyuarat berkenaan.
Awang Abdul Mutalib menghoskan majlis bagi meraikan para delegasi mesyuarat berkenaan.

pg07_150525_a

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahab, para pengarah dan pegawai kanan Kementerian Perhubungan, Susanna Chew dari Pusat Fasilitasi BIMP-EAGA, Bernard Tai dari Bank Pembangunan Asia, ahli-ahli Majlis Perniagaan BIMP-EAGA dan para pegawai kanan dari agensi-agensi lain.

Pengarah Pengangkutan Darat, Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi yang mewakili Brunei, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis itu berkata bahawa tiga kumpulan kerja yang bersidang mempunyai perbincangan yang membuahkan hasil dan telah mempertimbangkan dengan terperinci mengenai isu-isu dan arahan menteri-menteri pengangkutan dan sidang kemuncak.

Perkembangan telah dicapai dan beberapa kebolehlaksanaan telah disasarkan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ke-10 yang dijadualkan pada penghujung tahun ini di Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA