Perbincangan pegawai Petronas dengan kerajaan Sarawak Isnin depan

Perbincangan pegawai Petronas dengan kerajaan Sarawak Isnin depan

BETONG (Sarawak), 10 Ogos – Para pegawai dari Petronas akan bertemu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Isnin berhubungisu pekerjaan di syarikat petroleum negara itu di Sarawak.

Uggah berkata Petronas akan hanya memberi penjelasan terhadap isu pekerjaanitu, yang menjadi viral dalam media sosial danheboh dalam kalangan penduduk Sarawak.

“Sebelum ini mereka berkata mereka akan datang dan berbincang dengan kami di Kuching,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pelantikan anggota majlis bagi Majlis Daerah Betong di sini hari ini.

Dalam langkah penstrukturan semulaperniagaan kumpulan itu, pekerja anak Sarawak dikatakan telah diberhentikan kerja dan digantikan dengan pekerja bukan anak Sarawak.

Berikutan itu, kerajaan negeri mengenakanmoratorium ke atas semua permohonanbaharu permit kerja bagi pekerja Petronas dari luar Sarawak untuk bekerja di negeri ini.

“Apa jua yang mereka akan perkatakan, kami mahu kebenaran. Jika apa yang mereka katakan itu benar, kami tidak pertikai.

“Jika ada masalah, kami mahu masalah itu diselesaikan secara baik,” kata Uggah.

Beliau berkata kerajaan negeri mahukan ketelusan dan keadilan dalam perkara itu.

Petronas, dalam kenyataan semalam, berkata Sarawak kekal sebagai negeri pelaburan utama bagi syarikat berkenaan, dengan keperluan tenaga kerjanya akan terus berkembang.

Ia menjangkakan sebahagian besar daripada tenaga kerja yang diperlukan itu adalah untuk memenuhi tuntutan permintaan tenaga kerja baharu, melibatkan penduduk Sarawak seperti amalan pengambilan pekerjaan sedia ada.

“Beberapa jawatan dijangka diisi oleh pekerja berpengalaman, yang mungkin melibatkan bukan anak Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa kunci kepada kejayaan penyampaian dan operasi projek Petronas di negeri ini adalah sokongan dan komitmen daripada semua pihak, terutamanya pasukan pekerja Petronas yang berkelayakan dan berdedikasi tanpa mengira dari mana mereka berasal. – Bernama