Perbuatan jenayah mengundang bahaya

Perbuatan jenayah mengundang bahaya

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Jun – Bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai jenayah dalam kalangan murid-murid sekolah, Daerah Polis Tutong telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Jenayah di Sekolah Rendah (SR) Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong, baru-baru ini.

Hadir bagi menyampaikan taklimat tersebut ialah pegawai Daerah Polis Tutong, Kpl5250 Mohd Fadillah bin Jaini.

Seramai 69 orang murid Tahun 1 hingga 6 termasuk kakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan hadir bagi mendengarkan taklimat kesedaran jenayah itu.

Murid-murid bersama guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dari Daerah Polis Tutong.
Murid-murid bersama guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dari Daerah Polis Tutong.
Antara yang hadir mendengar Taklimat Kesedaran Jenayah, baru-baru ini.
Antara yang hadir mendengar Taklimat Kesedaran Jenayah, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Guru Besar SR Abdul Rashid Tanjong Maya, Dayang Siti Nurhidayah binti Abdullah Tujoh.

Tujuan taklimat yang disampaikan adalah untuk memberikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid mengenai jenayah dan bahayanya jenayah serta mengenali apa-apa jenis jenayah yang boleh mereka jauhi dan hindari yang mana perbuatan jenayah ini akan mengundang bahaya kepada kehidupan mereka dan orang lain.

ARTIKEL YANG SAMA