Percangahan Mourinho, Abramovich sudah berlalu

Percangahan Mourinho, Abramovich sudah berlalu

LONDON, 5 Ogos (Reuters) – Percanggahan pendapat pengurus Jose Mouringho dengan pemilik Chelsea Roman Abramovich sebelum ini sudah berakhir dan dia bersedia berjuang untuk menjulang gelaran Liga Perdana keempatnya bermula hujung minggu ini, kata pengurus dari Portugal itu semalam.

Dalam kendalian pertamanya di Stamford Bridge bermula 2004, Mourinho memenangi liga dalam dua musim pertamanya tetapi bertelagah bersama pemilik dari Rusia dan meninggalkan kelab pada September 2007. Dia kembali dua tahun lalu dengan selesai di tangga ketiga dalam musim pertamanya dan kemudian memenangi gelaran sekali lagi pada Mei.

“Pada tempoh pertama saya, hubungan peribadi saya (bersama Abramovich) adalah bagus (tetapi) secara profesional kami mempunyai sebahagian campur tangan dan sedikit rasa tidak setuju dengan beberapa idea,” Mourinho memberitahu Sky Sports News.

“Pada ketika ini, kami tidak mempunyai masalah ini. Apabila saya meninggalkan Real Madrid untuk datang ke sini, Abramovich meminta saya untuk berjuang merebut gelaran. Dalam musim pertama saya, kami hampir di sana, pada musim kedua kami berjaya dan pada musim ketiga jika anda hampir, anda sentiasa boleh melakukannya.”

Chelsea berazam untuk menjadi pasukan pertama mengembalikan gelaran sejak Manchester United pada 2009 dan Mourinho percaya ada kelab–kelab biasa yang mencabar mereka.

“Lima pasukan teratas adalah lima yang terbaik, dan mengapa tidak kelab seperti Tottenham untuk berada di sana?” katanya. “Tetapi pada penghujungnya, sejarah dan pelaburan memainkan peranan.

“Chelsea (adalah) juara empat kali sedekad lalu. Arsenal kelab menarik dengan pemain hebat. Liverpool mempunyai pelaburan yang luar biasa.

“Man City adalah skuad yang disukai dan kelab dengan dua gelaran Liga Perdana dalam tempoh empat atau lima tahun. Dan Man United dengan segala-galanya – sejarah, pemain dan pelaburan. Jadi semua orang akan berada di sana.”

Juara itu akan mula mempertahankan gelaran dengan perlawanan di laman sendiri menentang Swansea City Sabtu ini dan aksi pertama mereka di gelanggang luar adalah menentang Manchester City yang selesai sebagai naib juara musim lalu, pada Ahad.