Percaturan Chelsea di bawah Conte

Percaturan Chelsea di bawah Conte

WATFORD, United Kingdom, 19 Ogos – Pengurus pasukan Chelsea, Antonio Conte akan menghadapi muka yang dikenali esok ketika pasukannya menentang Watford yang dikendalikan oleh jurulatih senegara dari Itali, Walter Mazarri.

Conte yang digaji oleh Stamfrod Bridge itu dilihat dari reputasinya sebagai jurulatih yang bersemangat, kualiti yang dipamerkan dengan pasukan Itali dan Juventus.

Reaksi pengurus berusia 47 tahun itu terhadap jaringan kemenangan lewat menerusi Diego Costa pada Isnin lalu dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka menentang West Ham United mengesahkan apa juga berlaku ketika kendalian musim pertamanya, Conte akan mendahului dari depan ketika dia berusaha untuk menterbalikkan kemerosotan musim lalu.

Impaknya sudah dirasakan, dengan Costa dan Eden Hazard terutamanya memberikan respon yang positif kepada cara baru, jika ia adalah perlawanan pertama, segalanya akan berjalan lancar.

Reaksi Antonio Conte semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan West Ham di Stadium Stamford Bridge di London, Isnin lalu. – AP
Reaksi Antonio Conte semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan West Ham di Stadium Stamford Bridge di London, Isnin lalu. – AP

Pemain pertahanan Gary Cahill jelas dengan ketibaan Conte yang membawa perubahan dalam keadaan musim lalu apabila Jose Mourinho menyaksikan kesukaran separuh masa pertama kempen sebelum Guus Hiddin membantu memperbaiki kedudukan.

“Dia menambah semangat, dia menambah organisasi dan banyak dispilin,” Cahill memberitahu laman sesawang kelab itu.

“Pemain tahu apa peranan mereka setiap individu mereka berada di atas padang.

“Dia mahu menang. Anda boleh melihat bagaimana keadaannya di tepi padang dan dia suka dengan itu apabila kami bertugas. Dia mahu menang, sama seperti kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA