Percubaan kereta pandu sendiri di Singapura

Percubaan kereta pandu sendiri di Singapura

SINGAPURA, 23 Sept – Firma panggilan kereta yang terkenal di Asia Tenggara Grab hari ini bergabung dengan pemaju perisian yang berpangkalan di AS untuk mengendali percubaan awam terhad untuk perkhidmatan kereta pandu sendiri di Singapura.

Permohonan untuk perjalanan percuma di “kereta-robo” dibuka pada hari ini, dengan perkhidmatan dijangka bermula pada minggu depan, beritahu ketua Grab Singapura Lim Kell Jay kepada wartawan. Teknologi baru itu akan digunakan untuk membawa penumpang serta pemandu dan jurutera keselamatan di sekitar One North, kampus penyelidikan dengan lalu lintas terhad.

Perkongsian itu menyusuli pelancaran perkhidmatan kereta tanpa pemandu pada 15 September di bandar AS Pittsburgh oleh Uber, syarikat pemanggilan kereta terkenal di dunia.

Percubaan itu akan berlangsung untuk dua bulan akan datang, dan mungkin dilanjutkan seberapa lama untuk mendapatkan maklum balas dan data berguna yang boleh digunakan dalam teksi tanpa pemandu di seluruh Singapura pada 2018.

Karl Iagnemma (kiri), ketua eksekutif dan pengasas nuTonomy, dan ketua Grab Singapura, Lim Kell Jay (kanan) berjabat tangan di hadapan kereta tanpa pemandu selepas kedua-dua buah syarikat menandatangani perjanjian di Singapura kelmarin. – AFP
Karl Iagnemma (kiri), ketua eksekutif dan pengasas nuTonomy, dan ketua Grab Singapura, Lim Kell Jay (kanan) berjabat tangan di hadapan kereta tanpa pemandu selepas kedua-dua buah syarikat menandatangani perjanjian di Singapura kelmarin. – AFP

Pengumuman itu keluar tiga hari selepas Gran di Singapura berkata ia telah mengumpul AS$750 juta dalam pembiayaan daripada pelabur, membawa jumlah modalnya kepada lebih daripada AS$1.0 bilion, tatkala ia berkembang di pasaran Asia Tenggara dan merangsang penguasaannya ke atas Uber.

Namun pelancaran perkhidmatan kereta tanpa pemandu Uber pada minggu lalu menyebabnya mendahului syarikat kereta Detroit dan pesaing Silicon Valley dengan teknologi yang boleh mengubah pengangkutan.

Dalam satu uji kaji, armada kereta yang dipenuhi dengan laser, kamera dan sensor lain – namun tanpa pemandu – dihantar di jalan raya yang mencabar di Pittsburg, mengemudi sendiri untuk mengambil penumpang.

Selain daripada Uber dan Grab, syarikat induk Google Aplhabet juga berusaha mendapatkan kenderaan pandu sendiri di pasaran. Percubaan Grab Singapura disokong oleh kerajaan negara kota itu. – AFP