Percubaan merentasi Pasifik terhalang

Percubaan merentasi Pasifik terhalang

TOKYO, 14 Jun (dpa) – Seorang wanita warga Amerika Syarikat dalam percubaan mengharungi lautan Pasifik menggunakan perahu dayung mengakhiri percubaannya disebabkan cuaca buruk.

Sonya Baumstein diselamatkan di pinggir pantai Jepun kelmarin setelah menghantar isyarat kecemasan, agensi berita Kyodo melaporkan hari ini.

Wanita berusia 30 tahun bertolak dari Choshi, Jepun seminggu lalu dalam usaha untuk menjadi wanita solo pertama merentasi lautan Pasifik. Beliau ingin menuju ke San Francisco tetapi menghantar isyarat kelmarin pada jam 2.20 petang kira-kira 250 kilometer dari pantai Jepun.

Sebuah kapal pengangkut berdekatan menyelamatkannya sekitar jam 5 petang kelmarin dan memindahkannya ke kapal pengawal pantai sekitar jam 8:55 petang, menurut Pengawal Pantai Jepun. memberitahu.

Baumstein berharap menghabiskan pengembaraan 9,600 kilometernya pada akhir September.

ARTIKEL YANG SAMA