Perdagangan luar China susut pada September

Perdagangan luar China susut pada September

BEIJING, 13 Okt – Perdagangan luar China susut 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 2.22 trilion yuan (RM1 = 1.53 yuan) pada September, kurang daripada penurunan 9.7 peratus pada Ogos, demikian menurut laporan media rasmi negara.

Agensi Berita Xinhua melaporkan eksport turun 1.1 peratus kepada 1.3 trilion yuan manakala import susut 17.7 peratus kepada 924 bilion yuan.

Lebihan dagangan berjumlah 376.2 bilion yuan, naik 96.1 peratus, katanya yang memetik Pentadbiran Am Kastam.

Xinhua melaporkan bagi tiga suku tahun pertama, dagangan luar berkurangan 7.9 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 17.87 trilion yuan dengan eksport turun 1.8 peratus kepada 10.24 trilion yuan, dan import susut 15.1 peratus kepada 7.63 trilion yuan.

Lebihan dagangan melonjak 82.1 peratus kepada 2.61 trilion yuan, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA