Perdana Menteri Thailand rombak cabinet

Perdana Menteri Thailand rombak cabinet

BANGKOK, 18 Ogos – Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-0cha berkata hari ini beliau akan memilih ahli-ahli kabinet baru dan telah menghantar nama-nama kepada raja negara itu untuk memperkenankannya.

“Saya telah menghantar nama-nama itu dan menunggu perkenan daripada raja,” Prayuth memberitahu para pemberita tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tarikh berkuat kuasa rombakan itu. Beliau tidak memberitahu nama-nama ahli kabinet baru hari ini.

Prayuth, sebagai seorang ketua telah menerajui rampasan kuasa pada Mei 2014 selepas berbulan-bulan bantahan di jalanan, telah dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos 2014 yang dipilih sendiri oleh badan perundangan.

Berita rombakan kabinet itu datang sehari selepas bom meletup di pusat bandar Bangkok yang telah mengorbankan 22 orang termasuk lapan warga asing.

Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung hanya lebih sejam, merupakan mesyuarat Kabinet paling pendek sejak Gen Prayuth menjadi Perdana Menteri.

Insiden letupan bom semalam nampaknya seperti berada di fikirannya semasa beliau ditemui pemberita ketika sedang bergegas keluar dari pejabatnya. – Reuters/Bernama

Perdana Menteri Thailand ketika mengumumkan rombakan kabinet Thailand. – Reuters
Perdana Menteri Thailand ketika mengumumkan rombakan kabinet Thailand. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA