Perdebatan perubahan iklim terhadap minyak dan gas

Perdebatan perubahan iklim terhadap minyak dan gas

PARIS, 16 Okt (Reuters) – Pemimpin Industri minyak dan gas hari ini membuat rumusan akhir bagi menyerlahkan lagi sektor itu dalam keadaan sengit global menangani perubahan iklim sebelum sidang kemuncak utama di Paris akhir tahun ini.

Sidang kemuncak yang dihadiri oleh Ketua-ketua syarikat minyak terkemuka di Eropah itu juga akan disertai oleh ketua-ketua syarikat minyak Arab Saudi dan Mexico, dan akan memberikan sokongan terhadap inisiatif tersebut.

10 pemimpin syarikat industi minyak dan gas dijangka akan memberikan kenyataan mendesak supaya “keberkesanan” di bawah perjanjian Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap perubahan iklim dapat dilaksanakan dengan konsisten pada sidang kemuncak itu pada Disember nanti.

Bagi kebanyakan syarikat, ini adalah satu perjuangan untuk masa depan sektor minyak dan gas dalam perbahasan awam, sebagai kesedaran bagi organisasi dan ahli-ahli politik untuk mengurangkan penggunaan bahan api kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti angin dan tenaga solar.

Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan minyak akan kekal sebagai sumber tenaga terbesar menjelang 2040, walaupun sebahagiannya akan menurun manakala sumber tenaga yang boleh diperbaharui akan berkembang.

ARTIKEL YANG SAMA